Monday, August 29, 2016

Peraturan Am Kejohanan Bola Keranjang 3 on 3

KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
PERTANDINGAN BOLA KERANJANG 3 ON 3 TERTUTUP KMPh
Sabtu, 3 September 2016 - 5.00 petang hingga 6.45 petang dan
Ahad, 4 September 2016 - 9.00 pagi hingga 11.45 pagi

PERATURAN AM


NAMA PROGRAM
  1. Karnival Sukan dan Permainan Kolej Matrikulasi Pahang 2016

PENGANJUR
  1. Unit Kokurikulum, Kolej Matrikulasi Pahang  (KMPh)

JENIS PERTANDINGAN
  1. Pertandingan Bola Keranjang 3 on 3 Tertutup KMPh

KATEGORI
  1. Lelaki
  2. Wanita

 UNDANG-UNDANG PERMAINAN
  1. Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Antarabangsa (FIBA Basketball Official Rules 2014)
  2. Undang-undang 3x3 FIBA (FIBA 3x3 Rules of the game) yang diubahsuai dan,
  3. Peraturan-Peraturan Am Kejohanan

 PENDAFTARAN PEMAIN
  1. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar maksima 5 orang pemain (3 pemain dan 2 pemain simpanan)
  2. Pendaftaran menggunakan Borang Pendaftaran Pasukan Kejohanan sahaja.
  3. Seorang pemain hanya berdaftar dengan satu (1) pasukan sahaja.

JANGKA MASA PERMAINAN
  1. Masa bermain adalah selama tujuh (7) minit satu tempoh masa sahaja.
  2. Tiada pemberhentian masa sepanjang satu perlawanan.
  3. Perlakuan di bawah adalah satu kesalahan (violation):
  • kegagalan bermain secara aktif,
  • melengah-lengahkan permainan,

PERLAKSANAAN PERMAINAN
  • Lambungan duit syiling (coin flip) akan dilakukan untuk menentukan hak penguasaan bola yang pertama bagi satu-satu pasukan.
  • Permainan mesti dimulakan dengan 3 orang pemain (sepasukan) dalam gelanggang.
Mata Jaringan
  • 1 mata bagi setiap jaringan (dalam garisan lengkung, jaringan di luar garisan lengkung atau setiap jaringan bebas yang berjaya).
Memainkan bola :
  • Selepas jaringan gol atau jaringan bebas akhir yang berjaya, pasukan bertahan akan memulakan permainan dengan mengelecek atau menghantar bola terus dari dalam gelanggang bawah keranjang ke satu tempat di luar garisan lengkung.
  • Jika jaringan tidak berjaya, pasukan penyerang (offensive team) yang memperoleh bola pantulan (rebound) boleh meneruskan permainan tanpa terlebih dahulu menghantar bola tersebut ke luar garisan lengkung.
  • Jika jaringan tidak berjaya, bola yang terkena keranjang gol atau melantun hasil dari percubaan membuat jaringan (rebound) diperolehi pasukan bertahan (defensive team), bola itu mestilah terlebih dahulu dihantar semula ke luar garisan lengkung kepada pemain sepasukanya sebelum membuat serangan.
  • Dalam keadaan bola mati, ‘check-ball’ perlu dilakukan di belakang garisan lengkung.
  • Apabila berlaku rebutan bola (jump ball situation), hak bola dan lontaran masuk akan diberi kepada pasukan bertahan.
Kesalahan (foul) dan Jaringan Bebas :
  • Satu-satu pasukan dianggap dalam situasi penalti (penalty situation) apabila pasukan tersebut melakukan 7 kali kesalahan (foul).
  • Pemain yang melakukan kesalahan (foul) 4 kali mesti meninggalkan perlawanan.
Jaringan bebas akan diberikan :
  • Apabila foul terhadap jaringan gol dalam garisan lengkung, apabila foul terhadap jaringan gol yang Berjaya,
  • Dalam situasi penalti (penalty situation), iaitu kali ketujuh foul pasukan. Jaringan bebas akan diberikan apabila foul terhadap jaringan gol berlaku di luar garisan lengkung.
Time-out :
  • TIADA ‘time-out’ 


PENGADIL DAN PEGAWAI MEJA
  1. Pegawai perlawanan termasuklah satu (1) orang pengadil dan dua (2) orang pegawai meja (pencatat skor dan penjaga masa).

PERTUKARAN
  1. Sebarang pertukaran pemain bolehlah dilakukan semasa bola mati, sebelum ‘check-ball’.
  2. Pemain simpanan boleh memasuki gelanggang setelah pemain sepasukannya melangkah keluar dan bersentuh fizikal dengannya.
  3. Pertukaran hanya boleh dilakukan di belakang garisan hujung berhadapan dengan keranjang.

CARA MEMBUAT KEPUTUSAN
  1. Cara memberi mata : Menang = 3, dan Kalah = 1
  2.  Jika pasukan mendapat mata yang sama, pemenang akan ditentukan seperti berikut :
  • Secara perbezaan jaringan. Pasukan yang mempunyai perbezaan jaringan terbanyak diistiharkan sebagai pemenang.
  • Jika masih seri, pasukan yang mempunyai jumlah jaringan yang terbanyak diistiharkan sebagai pemenang.
  • Jika masih seri maka keputusan akan ditentukan berdasarkan keputusan antara pasukan-pasukan yang bertanding.
  • (Sila rujuk Official Basketball Rules 2014, Section D: Classification)

PEMENANG PERLAWANAN
  1. Pasukan yang memperolehi 21 mata atau lebih sebelum tamat perlawanan.
  2. Pasukan yang memperolehi mata yang lebih banyak di akhir perlawanan.
  3. Sekiranya masih seri. Pasukan pertama yang menjaring 2 mata dalam perlawanan itu dikira memenangi perlawanan
  4. Sekiranya masih seri. Kedua-dua pasukan akan melakukan percubaan Jaringan Bebas secara bergilir-gilir. Percubaan jaringan bebas akan terus dilakukan sehingga terdapat pasukan yang gagal menjaringkan bola. Setiap pemain hanya melakukan satu percubaan. Sekiranya seri, ahli pasukan yang lain akan melakukan percubaan. Begitulah seterusnya sehingga habis kesemua ahli pasukan. Sekiranya masih seri, ulang kaedah yang sama sehingga terdapat pasukan yang gagal menjaringkan bola.


SISTEM PERTANDINGAN

(Sekiranya 6 atau kurang Pasukan yang Bertanding)
  • Sistem Liga Satu Pusingan
(Sekiranya 9 Pasukan yang Bertanding)
  • Cara Liga Tiga Kumpulan (A, B, dan C). Pertandingan akan dijalankan secara liga.
  • Pasukan-pasukan akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan.
  • Pada Pusingan Kedua, Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan pusingan kedua dan pertandingan akan dijalankan secara Liga Dua Kumpulan (X dan Y).
  • Pasukan bagi Kumpulan X dan Kumpulan Y akan ditentukan melalui undian.
  • Penentuan Johan dan Naib Johan kejohanan adalah di antara Pemenang 1 Kumpulan X dan Pemenang 1 Kumpulan Y.
  • Pemenang perlawanan akan menjadi Johan manakala yang kalah menjadi Naib Johan.
  • Penentuan Tempat Ke-3 dan Tempat Ke-4 kejohanan adalah di antara Pemenang 2 Kumpulan X dan Pemenang 2 Kumpulan Y.
  • Pemenang perlawanan akan mendapat Tempat Ke-3 manakala yang kalah mendapat Tempat Ke-4.
  • Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain setelah diberikan tempoh menunggu 5 minit dari masa bermain sebenar maka pasukan yang hadir akan diberikan kemenangan percuma dengan memperolehi 3 mata dan skor 20-0.

 HADIAH
  1. Sijil
  2. Pingat

GELANGGANG DAN PERALATAN
  1. Menggunakan bola MOLTEN GM saiz 7 (GM7) untuk kategori Lelaki.
  2. Menggunakan bola MOLTEN GM saiz 6 (GM6) untuk kategori Wanita.
  3. Gelanggang Luas kawasan bermain ialah 15m (lebar) x 11m (panjang). Separuh daripada gelanggang sebenar boleh digunapakai.

PAKAIAN
  1. Setiap pasukan dikehendaki memakai jersi  yang seragam iaitu corak, bentuk dan warna yang sama.
  2. Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set jersi yang berlainan warna.
  3. Pemakaian nombor pada jersi adalah diwajibkan.
  4. Jika berlaku pertembungan warna jersi, pasukan pertama namanya dalam jadual dikehendaki menukar jersi.
  5. Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku pendek
  6. Setiap pemain hendaklah memakai kasut yang bersesuaian dengan permukaan gelanggang.

JADUAL PERLAWANAN
  1. Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan jadual pertandingan dengan masa memulakan perlawanan mengikut kesesuaian dan persetujuan penganjur.

BANTAHAN
  1. Bantahan terhadap keputusan atau kelayakan pemain mestilah dibuat secara bertulis kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya hendaklah diterima dalam tempoh masa (15) lima belas minit selepas berakhirnya perlawanan tersebut beserta bayaran RM100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja). Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika bantahan tersebut tidak berjaya.
  2. Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan perkara-perkara dan fakta yang dibuat oleh pengadil di padang permainan.

ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN
  1. Ketua pasukan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan setiap pemain termasuk penyokong mematuhi kepada etika dan tingkahlaku yang dihormati berdasarkan kepada semangat sukan yang tulen.
  2. Tertakluk kepada pengesahan Penganjur, Jawatankuasa Pengelola boleh mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana pegawai, pemain dan penyokong yang bertindak tidak mengikut peraturan atau objektif pertandingan keseluruhannya dan tindakan ini mungkin meliputi hal-hal seperti penggantungan mana-mana pasukan, pegawai atau pemain dari penglibatan bagi sebarang jangkamasa yang sesuai.
  3. Sebarang penipuan dalam perkara kelayakan pemain atau sama ada sengaja atau tidak sengaja adalah bertentangan dengan etika permainan. Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan keluar padang permainan adalah perbuatan biadab yang harus dielakkan dan tidak sepatutnya diamalkan.

PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
  1. Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.

No comments:

Post a Comment